Edisi 13:Install Wordpress Manual
Install wordpress.org secara manual ke server hosting percuma dengan mengunakan 000webhost adalah sama dengan mengunakan hosting yang berbayar.ada dua kaedah installation iaitu melalui file manager dan juga filezilla,mengunakan filezilla adalah kaedah yang ramai digunakan sekarang ianya senang mengunakannya.tutorial ini mengunakan filezilla.
Edisi 13 ini akan menjelaskan bagaimana anda hendak mengunakan wordpress.org dengan memasangnya sendiri ke server hosting percuma yang kita gunakan iaitu 000webhost.saya harap anda telah pun mendaftar dengan 000webhost tersebut,jika yang belum mendaftar sila daftar sekarang di Banner bawah ini,sebelum ini kita telah pelajari bagaimana hendak memasang dengan fantastico,ianya cara mudah untuk memasang wordpress.org ke server.walaubagaimanapun kita juga perlu mengetahui memasangnya dengan cara manual,sila ikuti langkah yang di berikan di bawah

daftar sini
sila daftar kepada yang belum mendaftar,pihak hosting akan terus menghantar email untuk pengesahan anda atau sila ikuti edisi 1 untuk cara mendaftar.
Setelah anda mendaftar anda akan diberikan control panel seperti gambar dibawah,jika anda memasang cara fantastico anda tidak perlu create database kerana ia akan create dengan sendiri,tetapi untuk memasang secara manual anda perlu create database terlebih dahulu,database ialah sistem yang akan memegang semua data wordpress.org yang akan di pasang nanti,sekarang anda masuk ke mysql (cara memasang ini sama dengan hosting yang berbayar) seperti gambar dibawah:
1-masukkan nama database anda,fikirkan nama yang mudah di ingat
2-masukan Mysql username,anda boleh masukkan username di account infomation
3-dan masukan password,semasa anda mendaftar tadi,ingat tak?pastikan anda catit semua password.
Setelah semua maklumat yang di masukkan betul akan keluar info seperti di bawah,tahniah anda berjaya create satu database,sekarang back to Mysql
Anda lihat di list of your……………. ada maklumat mengenai data base anda,catitkan data a,b,c tersebut.
seterusnya bagi yang belum download wordpress.org,sila download dahulu,pada masa sekarang versi yang terkini ialah 2.6.2.
Selepas download sila simpan file difolder khas supaya senang dicari,jika anda ingin buat banyak blog eloklah anda copy banyak sikit dan simpan.anda extract dahulu file zip dan akan keluar foler seperti dibawah,anda boleh rename kan folder tesebut ke nama bloh anda supaya senang di ingat.
Selepas anda buka foleder tersebut,cari file wp-config-sample seperti gambar dibawah dan rename kan file tersebut menjadi wp-config (buang sample)
Seterusnya,di file wp-config tersebut anda pick dan right mouse click akan keluar seperti gambar dibawah,saya harap anda sudah install software pspad,jika belum sila download terlebih dahulu,bagi yang belum download sila ke Edisi 1.
Setelah anda pick pspad akan keluar seperti gambar dibawah,sila perhatikan
A-define(’DB_NAME’, ‘putyourdbnamehere‘); // The name of the database
B-define(’DB_USER’, ‘usernamehere‘); // Your MySQL username
PASSWORD-define(’DB_PASSWORD’, ‘yourpasswordhere‘); // …and password
C-define(’DB_HOST’, ‘localhost‘); // 99% chance you won’t need to change this value
define(’DB_CHARSET’, ‘utf8′);
define(’DB_COLLATE’, ”);
Masukkan data yang diberikan semasa create database tadi,ingat password tu jangan lupa pula.Setelah anda isikan semua save file pspad tersebut dan tutup (Exit)
Sekarang sila buka Filezilla,jika belum ada sila download terlebih dahulu di Edisi 1.di filezilla sila masukkan Address,user dan password anda semasa daftar dengan ooowebhost tadi,jika lupa sila masuk ke control panel anda dan lihat di Account infomation,lihat gambar:
p/s:bahagian port jangan masukkan apa-apa,selepas semua di isi sila tekan quickconnect,tunggu sebentar sehingga ianya di connect ke server webhost.setelah berjaya di connect akan keluar folder public_html.
Anda masuk ke folder public_html dan terdapat file default.php,sila erase file tersebut,lihat gambar:
ok semasa di dalam folder public_html tersebut,di sebelah kiri terdapat bahagian file-file yang ada di dalam komputer anda,cari file wordpress yang kita download dan kita ubah pakai pspad tadi,select senua folder yang ada dalam wordpress dan right click mouse dan ada perkataan upload,pick upload..tunggu file tersebut di upload ke server,ianya mungkin memakan masa selama 1 hingga 3 minit.
gambar dibawah ialah kandungan yang ada dalam folder wordpress yang perlu di upload,
Setelah anda berjaya upload akan kelihatan seperti gambar di bawah
Sekarang anda masuk ke blog anda di internet explorer atau apa hompage yg anda gunakan http://………………. dan jika anda berjaya upload,akan keluar seperti gambar dibawah,masukkan tajuk blog dan email anda,serta tekan install wordpress.
Anda akan dibawa ke bahagian maklumat untuk memasuki ke dashbord blog anda,wordpress akan memberikan username admin dan password,passwordp tersebut anda boleh tukar nanti,admin pula anda boleh gunakan username admin sahaja,copy dahulu password tersebut ke notepad dan simpan.kemudian tekan login
akan keluar pula seperti gambar dibawah,masukkan admin dan password tadi
selepas tu anda akan dibawa ke dashbord blog anda,anda boleh view blog anda dengan menekan visit site.tapi sebelum tu eloklah jika kiranya anda tukar dahulu password,kerana password tadi mungkin anda susah nak ingat.
anda pergi ke user dan pick your profile
Dalam you profile anda cari seperti gambar dibawah,masukkan pasword yang baru dan tekan update,Admin kita tidak tukar,cuma kita gunakan admin dan password yang baru nanti.
Setelah selesai anda pick view site,lihat blog anda,blog anda sekarang mengunakan theme yang diberikan oleh wordpress.anda boleh menukar theme tersebut mengikut citarasa anda.
Apabila hendak masuk semula ke bahagian dashbord anda pergi ke Meta dan pick login atau pun site admin,jika anda log out anda perlu log in semula dengan masukkan admin dan password anda yang baru dan jika hanya visit site melalui dashboard anda haya perlu pick site admin.seterusnya semua setting yang hendak ubah di dashbord,anda boleh ikuti di Edisi yang disediakan.
p/s:jika setelah anda selesai bina sebuah blog,tiba-tiba tak boleh access,sila tunggu antara 3-5 jam,ini kerana pihak hosting akan check terlebih dahulu blog yang dibina oleh anda,jangan buat blog porno pula…nanti tak approve.selalunya ianya hanya makan masa sekejap saja..harap bersabar k.
-Maser-
to be cont’ : Bagaimana hendak mengunakan subdomain dan redirect
sila berikan komen jika anda tidak faham tutorial diatas



salam.nak mintak tolong.sy dah ikut step by step dari mula sampai abis mmg xde masalah.cuma bla nak upload gambar xboleh nak upload mcm biasa.mcm mane ye…terima kasih
salam. Turtorial mmg bgus. Tahniah. Ada tak tutorial untuk membina minisite Kalau guna domain dan hosting free wordpress/blogger? Boleh beri cadangan website
salam sejahtera. Tutorial mmg bgus. Tahniah. Ada tak tutorial untuk membina minisite Kalau guna domain dan hosting free wordpress/blogger? Boleh beri cadangan website